Chocolate Almond Cookies

Harga : RM 23 / 50pcs
Chocolate Almond Cookies adalah salah satu produk homemade terlaris yang dihasilkan dari eMMyChocolateDelicious ketika musim-musim perayaan. Ini kerana, cookies ini sangat berkhasiat dan tidak terlalu manis. Cookies ini mengandungi Nestle Conflakes dan Almond Slaves (Badam hiris) yang disaluti dengan coklat yang lazat. Sangat disukai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Bagi anda yang meminati cookies ini, anda mesti cuba keenakkannya. Sesuai dimakan bila-bila masa sahaja tak kira dimana anda berada dan sesuai dimakan walaupun bukan pada musim perayaan.


TAHUKAH ANDA?

Nestle Conflakes adalah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ianya diperbuat daripada jagung dan mengandungi lebih 10 vitamin dan mineral, termasuk kalsium dan besi. Manakala badam pula Badam juga mengandungi protein, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi serta antioksida lain yang tinggi.

Selain daripada itu juga, Badam dikatakan amat rendah dalam lemak tepu dan mengandungi zat-zat seperti kalsium dan magnesium yang amat baik untuk pembentukan tulang yang kuat. Ðikatakan kira-kira satu auns atau 20 hingga 25 biji badam mengandungi kalsium sama banyak dengan ½ cawan susu. Zat ini amat penting dalam mencegah osteoporosis. Kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum. Serat yang terdapat dalam badam juga dikatakan mampu membantu melindungi diri daripada kanser kolon.

Ia juga turut mengandungi vitamin E dan sebatian yang dikenali sebagai fitokimia yang dikatakan mampu membantu melindungi terhadap penyakit kardiovaskular, malahan kanser. Selain tidak ada kolesterol, anda juga boleh mendapat kira-kira 35% vitamin E dalam bentuk alpha-tocopherol, serta antioksidan yang memiliki kuantiti penentang kanser yang banyak. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian vitamin E dan Manganese.

Oleh yang demikian, anda jangan ragu-ragu lagi untuk dapatkan sebekas Chocolate Almond Cookies. Harganya hanya RM23 untuk 50 pcs tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran percuma bagi kawasan KL dan Selangor yang berdekatan sahaja. Tempahan diterima sepanjang masa. Berminat boleh email atau sms kepada saya.

Harga Coklat Untuk Pelbagai Bentuk dan Kuantiti



Anda boleh pilih bilangan kuantiti yang anda inginkan sebagai contoh 2pcs, 3pcs,4pcs,6pcs,9pcs dan 12pcs. Harga bergantung pada kuantiti dan jenis FILLING / INTI. Terdapat pelbagai jenis filling seperti Badam, Kismis, Kacang Tanah, Hazelnut, Walnut, dan sebagainya bergantung kepada citarasa anda. Anda bebas memilih berdasarkan minat dan kesukaan anda. Berikut adalah harga coklat tanpa filling atau inti :-
 
 
12 pcs - RM 10.00
9 pcs - RM 8.50
6 pcs - RM 6.00
4 pcs - RM 4.00
3 pcs - RM 3.30
2 pcs - RM2.50
(Harga tidak termasuk kos penghantran / pos caj)
 
 
Berikut adalah harga coklat dengan filling atau inti
(Badam, Kismis, Kacang Tanah, Hazelnut, Walnut,Bluberry) :-
12 pcs - RM 13.00
9 pcs - RM 11.00
6 pcs - RM 7.50
4 pcs - RM 5.00
3 pcs - RM4.00
2 pcs - RM3.00

(Harga tidak termasuk kos penghantran / pos caj)
 
Lollipop Coklat / Lollipop Coklat Oreo

Terdapat pelbagai icing image yang boleh anda pilih. Antara gambar karton seperti Barbie, Angry Bird,Ben10, Mickey dan Minnie mouse, dll.
(Minimum Order : 12 pcs untuk setiap katagori gambar karton)

Harga : RM 2.80 / pc - untuk lollipop Coklat Oreo
Harga : RM 2.50 / pc - untuk lollipop Coklat
 
(Harga tidak termasuk kos penghantran / pos caj)

Untuk tempahan anda cari tagTempahan dan Bayaran

P/S : Penghantaran adalah percuma di sekitar KL dan Selangor. Kawasan lain-lain akan dikenakan caj penghantaran. Jenis bungkusan adalah Cavity Die Cut.

 

Hadiah Untuk Si Dia.. Coklat Pengikat Kasih.

Contoh hadiah buat si dia. Berbentuk LOVE dan BUNGA yang berwarna pink.
 

Antara produk yang dihasilkan oleh emmychocdelicious enterprise. Di buat secara homemade dan dijamin bersih dan terasa keaslian rasa coklat sebenar. Rasa yang kurang manis dan tidak terlalu pahit. Terdapat pelbagai betntuk yang boleh di pilih dan juga boleh tambah filling atau inti di dalam nya. Tempahan untuk majlis perkahwinan dan majlis keramaian amat dialukan. Tempahan untuk hadiah istimewa juga disediakan. Hiasan atau decor boleh dibincang mengikut citarasa anda. Gambar di atas adalah contoh produk dan decor dihasilkan sendiri oleh emmychocdelicious enterprise sebagai tatapan anda sebagai gambaran sebenar. Harga anda boleh rujuk tag harga produk atau call/sms atau email saya.

10 Fakta menarik mengenai COKLAT.

Pasti ramai yang risau dan takut anak-anak mereka suka akan coklat atau kerap meminta supaya belikan coklat. Ini kerana coklat sering dikaitkan sebagai makanan ringan atau kudapan yang kurang berkhasiat, terlalu manis dan juga boleh menyebabkan kegemukkan serta menyebabkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak. Kecomelan kanak-kanak akan terjejas jika gigi mula patah dan rosak. Oleh yang demikian, ramai ibu bapa cuba sedaya upaya melarang atau mengelak agar anak-anak mereka daripada memakan coklat.

Ramai telah mengetahui, mitos ini telah mula tersebar sejak dahulu lagi bahawa coklat boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada penggemar coklat amnya kepada kanak-kanak. Antaranya ia boleh menyebabkan kegemukkan, masalah penyakit kencing manis, gigi rosak dan pelbagai penyakit lain. Tetapi ada juga telah menjadikan coklat sebagai makanan sewaktu ketiadaan mood dan mengalami kesedihan. Coklat dapat mengembalikan rasa gembira dan menaikkan mood.
 
Apa yang perlu anda tahu mengenai  coklat?
Kajian menunjukkan coklat tidak berkaitan dengan masalah kencing manis, gigi rosak, paras kolesterol yang tinggi atau penyakit berkaitan jantung. Jadi, jika anda penggemar coklat, usah risau! Anda boleh terus menikmati keenakkan rasa coklat anda. Yang penting anda tahu, masa dan ketika yang sesuai untuk menikmatinya serta mengetahui kandungan kalori coklat yang anda hendak anda ambil. AWAS. Anda masih perlu mengawal cara pemakanan coklat, jangan berlebihan.

Kebanyakkan ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat. Pastikan anda menikmati keenakkan rasa coklat yang sebenar.

10 Fakta menarik tentang coklat yang perlu anda ketahui...

  1. - Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi
  2. - Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat
  3. - Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan
  4. - Coklat Tidak Menyebabkan Migrain
  5. - Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol
  6. - Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat
  7. - Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku
  8. - Coklat Bukan Sebagai Punca Penyakit Jantung
  9. - Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan
  10. - Coklat Tidak Menyebabkan Barah

  P/S : Boleh buat tempahan coklat homemade segera dari emmychocdelicious. Kelazatan terjamin.. SEKALI RASA MESTI NAK LAGI. SEARCH Produk kami..

Coklat Lahirkan Rasa CINTA dan SAYANG anda pada si Dia

Sudah menjadi lumrah hidup seseorang di dunia ini. Ada yang mencintai dan dicintai. Tapi bagaimana untuk meluahkan segala isi hati kepada si dia sebelum terlambat.. Terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh anda lakukan bagi meluahkan perasaan yang telah lama terpendam di dalam hati anda. Bagi anda yang berani serta yakin teknik menyuarakan dengan madah dan kata-kata yang romantik, itu adalah bonus bagi anda. Tetapi bagi yang kurang berani dan yang bersifat pemalu dan tidak yakin dengan diri, mungkin menjadi perkara yang paling berat dan paling susah untuk dilakukan. Walhal, hanya perlu menyuarakan apa yang terpendam di hati.
 

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda.. PERANAN COKLAT ADALAH PENTING!! Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Buah tangan atau hadiah yang berunsurkan COKLAT adalah salah satu TEKNIK yang berkesan untuk anda mulakan sesuatu hubungan. Ini kerana, Coklat BOLEH lahirkan Bibitkan Rasa Cinta.
 
Percaya atau tidak, ini faktanya..

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dal


am otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh digunakan, coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta. Tetapi ingat, jangan semata-mata menghantar coklat sahaja.. Anda perlu tulis nota ringkas untuk mengatakan hasrat anda,samada untuk temujanji atau terus mengatakan anda telah jatuh cinta kepada si dia dan ingin mengenali lebih rapat lagi. Selamat mencuba..

Fakta Untuk Pencinta Coklat

 
Terdapat beberapa Fakta mengenai Coklat. Kepada Anda yang memang meminati atau pencinta coklat, tak kiralah apa jenis coklat, ini adalah berita baik untuk pengetahuan anda. Sesiapa yang tidak mengemari coklat, apa kata baca fakta-fakta di bawah. Mungkin anda akan menjadi pencinta coklat pula selepas ini..

Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

Coklat Kaya Vitamin

Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita. Coklat dapat mengembalikan mood dan memberi keceriaan.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.

Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

Coklat Untuk Kecantikan
Bonus kepada pencinta coklat... Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Walaupun ada segelintir mengatakan makan coklat boleh menyebabkan kegemukkan, memang ada kebenaran disebaliknya. Tetapi, pemakanan lain harus lah dijaga dan mengambil makanan yang seimbang. Jika terlalu bergantung kepada coklat semata-mata, mungkin masalah tersebut akan terjadi.

Cara-Cara Untuk Tempahan dan Bayaran

Salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihormati.

Semoga anda sentiasa ceria dan dirahmati selalu..

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, Anda perlu :

 * ini bertujuan supaya anda mengetahui jumlah bayaran penuh yang perlu anda jelaskan untuk tempahan anda.

Cara-cara untuk pembayaran secara offline,
terdapat 2 LANGKAH:

 Langkah 1: Lakukan bayaran

  • Sila gunakan maklumat bank kami di bawah untuk memasukkan jumlah bayaran* melalui mesin ATM / online banking atau Bank-in di kaunter

Langkah 2: Email kami maklumat pembayaran

  • Anda perlu email kami maklumat pembayaran dan bukti pembayaran melalui attachment. Sekiranya menggunakan kaedah ATM atau kaedah bank-in di kaunter bank, scan/imbas slip kemasukan wang dan email kami.


Sila ikuti setiap langkah yang diberikan mengikut turutan.

 Langkah 1: Lakukan bayaran

Untuk pembayaran secara offline, berikut adalah maklumat pembayaran yang diperlukan:
Bank: MAYBANK

Nombor Akaun : 56-422-162-653-2

Nama: ILHAM TELAGA EMAS ENTERPRISE

Nombor pendaftaran syarikat: OO2138080

Jumlah Bayaran: *mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

*Nota: Untuk online banking, walaupun kami menggunakan MAYBANK, anda masih boleh lakukan bayaran menggunakan perkhidmatan online banking lain seperti CIMB Click, Public bank, HSBC, RHB dan sebagainya terus ke akaun MAYBANK kami.


Langkah 2: Email kami maklumat dan bukti pembayaran


Sila masukkan maklumat seperti dibawah, untuk email bukti pembayaran anda.

  1. Nama :
  2. Alamat Rumah :
  3. No H/P:
  4. Kaedah Bayaran. Contoh :ATM / Online Banking / Bank-in (Kaunter)
  5. Perkhidmatan Bank Anda. (Jika menggunakan Online Banking )
  6. No Transaksi / Reference Number:
  7. Maklumat Pembayaran Interbank (Sekiranya pembayaran menggunakan online bank-in, copy & paste maklumat pengesahan anda.)
  8. Lampirkan slip kemasukan wang/bank-in slip melalui attachment. (untuk kaedah ATM atau kaedah bank-in di kaunter bank sahaja)


Selepas menerima pembayaran penuh dan email maklumat dan bukti pembayaran anda, tempahan anda akan diproses dalam masa 24 jam.
 
Penghantaran percuma untuk kawasan KL DAN SELANGOR YANG BERDEKATAN.