Coklat Lahirkan Rasa CINTA dan SAYANG anda pada si Dia

Sudah menjadi lumrah hidup seseorang di dunia ini. Ada yang mencintai dan dicintai. Tapi bagaimana untuk meluahkan segala isi hati kepada si dia sebelum terlambat.. Terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh anda lakukan bagi meluahkan perasaan yang telah lama terpendam di dalam hati anda. Bagi anda yang berani serta yakin teknik menyuarakan dengan madah dan kata-kata yang romantik, itu adalah bonus bagi anda. Tetapi bagi yang kurang berani dan yang bersifat pemalu dan tidak yakin dengan diri, mungkin menjadi perkara yang paling berat dan paling susah untuk dilakukan. Walhal, hanya perlu menyuarakan apa yang terpendam di hati.
 

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda.. PERANAN COKLAT ADALAH PENTING!! Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Buah tangan atau hadiah yang berunsurkan COKLAT adalah salah satu TEKNIK yang berkesan untuk anda mulakan sesuatu hubungan. Ini kerana, Coklat BOLEH lahirkan Bibitkan Rasa Cinta.
 
Percaya atau tidak, ini faktanya..

Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dal


am otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh digunakan, coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta. Tetapi ingat, jangan semata-mata menghantar coklat sahaja.. Anda perlu tulis nota ringkas untuk mengatakan hasrat anda,samada untuk temujanji atau terus mengatakan anda telah jatuh cinta kepada si dia dan ingin mengenali lebih rapat lagi. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment